Friday, 4 January 2013

sambungan...


Rif,lia da pernah terluka dulu,jadi aku tak nak dia terluka lagi rif,lia adalah sahabat yang paling baik rif,dan dia juga seorang wanita yang berhak untuk bahagia,setelah lia putuskan pertunangannya dengan akram,hidup lia sangat suram,dia jarang bergaul dengan orang lain.dia akan duduk terperuk didalam rumah sahaja,tak cukup dengan kejadian yang membuatnya sedih itu berlalu,lia juga pernah ditimpa musibah apabila rakan karib kami sendiri,hakimi,sanggup melakukan perkara yang tak elok dengan lia,kami memang da kenal lama dengan hakimi,sejak kami kerja kat ATIC lagi,tetapi hari tu,entah syaitan apa yang merasuk dalam jiwanya hingga dia sanggup untuk merogol lia,masa tu,aku dengan kawan-kawan yang lain keluar untuk membeli makanan,lia tak ikut kerana dia demam,dan hakimi menawarkan diri untuk menjaga lia dirumah,tapi aku betul-betul tak sangka dia sanggup melakukan hal yang sedemikian dengan kawan karib nya sendiri,nasib jugak pada masa tu,wallet aku tinggal kat rumah,jadi aku pun patah balik kerumah,semasa aku sampai di rumah,aku terdengar suara orang menjerit dengan pantas aku dengan kawan yang lain memasuki rumah dan mendapati hakimi cuba untuk merogol lia,tapi hakimi telah di tolak oleh helmi,dan helmi menumbuk muka hakimi,mungkin hakimi malu,lepas dari tu dia tak pernah munculkan diri di depan lia lagi.lia menangis dan bermula dari saat itu,lia selalu mendapat mimpi buruk,aku dengan kawan yang lain selalu membantu nya,hampir tiga bulan lia tak nak keluar dari rumah,sebab dia takut hendak berjumpa dengan orang,
Aku kesian sangat dengan lia rif,dah la kami ni anak yatim,kami tak da tempat nak mengadu nasib,dan aku harap lepas kau dengar semua cerita mengenai lia ni,kau akan lebih menjaganya dan menyayangi nya,kerana dia adalah wanita yang paling baik pernah aku jumpa rif,jangan sia-siakan hidup dia ya,aku nak pergi Australia lepas ni,nak sambung belajar,tapi aku tak sanggup nak ucap selamat tinggal dengan lia,jadi aku harap kau sampai kan kad ini dengan lia ya.
Rif terima kasih ya sebab sudi nak berjumpa dengan aku,aku harap kau akan jaa lia dengan baik,sebab lia telah pilih kau sebagai suaminya.aku jalan dulu rif,ok zana.terima kasih zana kerana sudi berkongsi semua ni dengan aku.sama –sama harif,ingat pesan aku ya.harif termenung panjang setelah mendengar cerita zana mengenai lia,timbul rasa bersalah di dalam selubuk jiwa nya kerana telah mensia-siakan hidup lia selama setahun mereka mendirikan rumah tangga,terbayang-bayang di mata harif segala perbuatan jahatnya terhadap lia.

akan bersambung

-Erm, rul,macam mana keadaan lia? Oh…lia ok mak ngah,mak ngah terkejut dengar farah telefon tadi,saya yang suruh farah telefon mak ngah tadi,sebelum tu dah telefon rif tp,dia tak angkat telefon,mungkin dia sibuk kat pejabat,hei…harif ni,mak ngah terkejut la rul,nasib baik la lia tak apa-apa.keadaan lia stabil sekarang ni mak ngah,Cuma ada lebam kat muka dia tu,disebabkan oleh tindakan seperti tumbukan mak ngah,ya allah..jahat nya perompak tu,sampai hati dia buat macam tu dengan perempuan,orang sekarang ni mak ngah,sanggup buat apa sahaja sebab nak dapat kan duit.ma! man alia ma? Lia ok ka tak ma?hairul menjawab pertanyaan harif,dan menerangkan keadaan lia.rul,mak ngah nak tengok lia la rul,boleh tak?..boleh mak ngah ,lia da di pindah kan kat wad,ikut jalan ni ya mak ngah,ok rul,terima kasih ya,sama-sama mak ngah,jum rif,sepanjang perjalan menuju ke wad lia,mama harif sempat memarahi harif,kau pergi mana tadi ha? Mama telefon tak da nak angkat,farah call pun tak angkat,busy sangat ka? Papa dulu kerja jugak,tapi tak la busy macam ko ni sampai tak ingat bini,eh.tu lia mak ngah,eh! Man,mak ngah  tak perasan man ada,mak ngah minta maaf ya man,eh..tak pa la mak ngah,yang penting lia selamat.kau dengar tu rif,man pun risau kan lia,kau tak risau kan lia ka?.harif hanya mendiamkan diri,tidakmembalas satu pun percakapan mama nya,kerana kalau dia membalas ,mesti panjang lebar jadi nya.
Harif duduk di sebelah kanan lia,manakala mama nya duduk di sebelah kiri lia,man hanya duduk di sofa untuk menunggu apabila lia sedar.tuan haji laiman hadir adik beradik harif dengan tergesa-gesa mereka segera mendekati lia,yati,macam mana keadaan lia ti?,lia da stabil bang,mujur la tadi jiran kat sebelah rumah lia tu hantar dia pergi hospital bang,tuan haji suami kepada puan hayati,iaitu mak kepada harif sangat sayang kan karlia,kerana karlia adalah menantu yang sangat baik yang telah mereka pilih untuk harif.tuan haji memegang erat bahu isterinya puan hayati,untuk meredahkan kerisauan isterinya.adik beradik harif,dina,ira dan ifa hanya duduk di sofa menunggu kakak ipar kesayangan mereka sedar daripada pengsan.
Lia menjerit,tersedar dari mimpinya,arghh!! Jangan apa-apakan aku..jangan!.harif segera berlari kebilik lia,harif fikir ada sesuatu berlaku kepada lia,rupanya lia hanya bermimpi,harif cuba untuk menenangkannya,lia kembali tidur apabila tenang.
Telefon bimbit lia berbunyi,harif segera mencapai nya,hello..assalamualaikum,lia?erm,zana,lia dah tidur la,kenapa kau telefon lewat malam macam ni,oh..sory harif,erm besok aku nak jumpa kau boleh tak harif?,ada hal aku nak bincang dengan kau mengenai lia,sangat penting dan kau patut tahu semua ni.ok,sory  mengganggu.takpa zana.k la bye.
Hai zana,hal apa yang penting sangat tu sampai tak boleh cakap dalam telefon.semalam lia ada meracau tak rif? Erm,semalam? Ada la zana,tapi lepas aku tenang kan dia,dia da ok jugak,dia tidur balik.harif,sebenarnya dulu,lia pernah melalui kisah pahit dalam hidupnya,
Hubby?!! Lia membuka pintu bilik bakal tunangnya,dan dilihatnya bakal tunangnya itu tidur dengan perempuan lain,bakal tunang lia,akram terbangun dari tidurnya dan terkejut melihat lia tunangnya berdiri dihadapan pintu biliknya.hancur luluh hati lia apabila melihat perselingkuhan tunang nya.lia terus lari keluar dari rumah tunangnya,pergi ke dalam kereta dan menangis sepuasnya.ya allah sungguh besar dugaan yang kau berikan kepada ku,lia merintih di dalam hati nya sendiri,lia lantas menggapai telefon bimbitnya,lantas mencari nombor zana,kawan karib nya untuk meluahan perasaannya.lia berjumpa dengan zana di rumah sewanya,astagfirullahalazim lia,kenapa akram sanggup buat kau macam tu,dia da gila ka apa.?aku pun tak tahu la zana,benda ni aku Nampak dengan mata aku sendiri zana,jadi macam mana dengan pertunangan kau dengan akram tu lia?,tu la aku pun bingung la zana,aku nak segera batalkan nya ,aku tak nak kahwin dengan dia lagi,aku xdapat tengok muka dia lagi zana,hati aku sakit sangat,sabar la lia,ni semua dugaan dari allah untuk kau lia,tapi terlalu berat untuk aku tanggung zana,lia…allah takkan uji kau kalau kau tak mampu untuk hadapinya lia,sabar k,zana,nanti kau bantu aku untuk batalkan pertunangan aku dengan akram ya,aku tak dapat buat semua ni sendiri,ok lia,nanti aku bantu kau untuk bagi tahu dengan keluarga kau.kau sabar k,mana tahu ada jodoh yang lebih baik untuk kau diluar sana tu,da la zana,lepas ni aku taknak fikir pasal jodoh lagi.aku da penat,aku nak tumpang tidur dirumah kau malam ni bole zana? Ala kau ni,macam tak biasa la pulak,tidur je la,lagi pun aku sendiri je pun kat rumah ni,lia menaiki tangga meninggalkan zana keseorangan di rumah tamu,otak zana ligat berfikir mengapa akram sanggup curang dengan lia.

akan bersambug

cerpen yg aku hasilkan bila aq bsan


Kerinduan semalam

Kedinginan malam itu membelai setiap inci tubuh ku…
aku menangis sendirian menunggu bila kah datang nya cinta,begitu hinakah aku di pandangan matanya,apakah salah ku.
jangan bergerak!..kalau nak selamat berikan semua barangan yang berharga.joe! ko tengok ni.,hahahaha kita kaya joe,kau ni,cepat la masukkan semua tu,kau nak kena tangkap ka?.aku lantas mencapai gagang telefon untuk menelefon suamiku,tapi tiada respon,perompak tersebut telah menolak ku,dan memarahi aku kerana cuba untuk membuat panggilan telefon,oi perempuan,kau nak telefon siapa ha?bodoh!! perompak tersebut menumbuk muka karlia,karlia pengsan setelah beberapa kali ditumbuk oleh perompak yang berhati binatang.perompak tersebut terus meninggalkan rumah karlia apabila perasaan karlia sudah tak sedarkan diri.
Kenapa kau tak angkat panggilan telefon tadi?,mesti ada hal penting tu rif,Biar ja la ..aku takda benda nak cakap dengan dia,paling-paling pun dia nak suruh saya mkan malam dengan dia,aku tak tahu nakmula macam mana la man.aku dah buntu nak pikir pasal dia.tiap hari kat rumah aku cuba untuk berbaik dengan dia,tapi tiap kali aku ingat pasal jane,aku tak dapat terima wanita lagi dalam hidup ku man..ala ko ni rip,think positive la..apa la kau ni,hal yang telah lalu tu biarlah berlalu,lia tak bersalah rip,tring! Tring! Nada dering harif berbunyi,menghentikan berbualan untuk seketika,harif mengangkat panggilan tesebut,ya ma..ada apa?,kau kat mana ni rif?..kau tahu tak lia kat hospital sekarang ni? Rumah kau kena rompak tadi,ha?..kena rompak?..hospital mana ma? Hospital queen Elizabeth,bahagian kecemasan.cepat datang rif,ok ok ma.rif datang sekarang.eh? kenapa ni rif? Lia masuk hospital la man,jum teman aku .ok.

akan bersambung

dunia internship

erm....
byak dugaan bersilih ganti...tp xpa blog ni akan trus d terangi dgn resepi2 baru atau pun
dgn omelan ku


Wednesday, 31 October 2012

sorbet &


SORBET
Pengenalan
            Sorbet dihuraikan sebagai ais yang hampir tidak beku,sangat ringan dan secara tradisional dihidangkan kepada tetamu majlis rasmi. Ia dihidangkan untuk menyegarkan tetamu semasa permulaan majlis. Sorbet ialah sejenis air ais yang mengandungi ais Kristal lembut yang tidak mengandungi sebarang lemak atau kuning telur.
            Menurut sejarah,sorbet merupakan pencuci mulut ais yang pertama (sebelum kemunculan aiskrim sehinggalah abad ke 18),orang cina memperkenalkan sorbet kepada orang Arab dan Parsi,kemudiannya diperkenalkan kepada orang Itali. Perkataan”sorbet”merupakan perkataan dahulu kala dari Itali iaitu “sorbetto” dan juga diperoleh dari perkataan Turki”chorbet” dan Arab”charab’ yang ringkas bermaksud “minum”
            Sorbet secara aslinya diperbuat daripada buah,madu,bahan pewangi dan salji. Pada hari ini,bahan asasnya ialah jus atau puri buah-buahan,wine,spirit atau likuer atau teh atau pudina. Sirap gula pula adalah campuran glukosa dan ditambah sedikit gula. Adunan tersebut mestilah tidak dipukul semasa pembekuan. Apabila sorbet sudah di set, masukkan sedikit Italian meringue untuk menperbaiki tekstur dan kualiti produk. Apabila terlalu banyak meringue dicampurkan,sorbet akan berubah yang digelar”spoom”. Bagaimanapun terlalu banyak telur akan merosakkan putih telur dan merosakkan rasa sorbet.
            Pada hari ini,sorbet dihidangkan sebagai pencuci mulut antara waktu makan.sebagai contoh di dalam majlis rasmi makan malam di Perancis,sorbet yang berasaskan alkonol dihidangkan antara  menu utama.
            Sorbet dihadangkan di dalam gelas sundae atau gelass tinggi kandangkala sorbet direnjiskan dengan likeur dan dihidangkan semasa makan. Ada juga sorbet yang direnjiskan dengan likeur atau alcohol untuk memadankan dengan perisanya.
Teknik terbaik untuk membuat sorbet
           Penyediaan sorbet bergantung kepada kombinasi,campuran sugar syrup,jus buah-buahan,likeur,puri buah-buahan,putih telur yang diputar. Gula merupakan salah satu bahan utama untuk membuat sorbet bagi memberikan rasa manis. Selain itu,jus buah-buahan juga memberikan rasa manis tetapi kuantiti gula boleh menyebabkan proses pembekuan menjadi sukar. Adunan yang terlalu manis menyukarkan pembekuan manakala terlalu sedikit kandungan gula menyebabkan tekstur yang keras dan kurang manis. Sebaiknya,sebelum pembekuan kita mestilah merasa tahap kemanisan sorbet ketika adunan sejuk. Secara tradisionalnya, sorbet adalah kurang manis untuk memyesuaikan dengan cara hidanganya iaitu sebagai pemyegar selepas makan.
Gula asas(basic sugar syrup)
Hasil : 1 liter
Masa yang diambil untuk memasak: 4-5minit
900ml     air
500gm    gula
Method
Campukan gula dan air di dalam pan yang tebal. Kacau larutan sehingga panas. Panaskan sehingga “simmer”selama 2-3 minit. Tapis larutan dan sejukkan sebelum digunakan.
Membuat likeur sorbet
         Semasa menyediakan likeur,likeur yang terpilih ditambah sebelum Italian meringue ditambah ke dalam adunan sebelum dibekukan. Jumlah nisbah likeur dan sirap gula ialah 60ml likeur dan 600ml sirap gula. Sedikit jus lemon ditambah kedalam likeur sorbet sebagai perisa tambahan.
Bahan yang membuat sorbet
Ø  Gula
-       Dijadikan sirap gula bertujuan untuk melembutkan tekstur semasa pembentukan ais Kristal. gula melambatkan proses pembekuan adunan,jadi memerlukan masa yang lama untuk keras. Sekiranya terlalu sedikit kandungan gula,adunan menjadi berbiji @ kasar manakala terlalu banyak kandungan gula menyebabkan adunan tidak keras.
Ø  Glukosa
-       Ia kurang manis berbanding gula. Biasanya,chef professional menggunakan sedikit glukosa atau gula lain untuk menjadikan adunan sorbet menjadi lembut tetapi kurang manis
Ø  Buah-buahan
-       Puri buah-buahan lembut digunakan untuk sorbet.jus buah,sedikit jus lemon sangat penting ditambah ke dalam sorbet untuk seimbangkan rasa gula dan perasa yang pekat. Sesetengah buah seperti beri boleh disediakan dalam keadaan puri mentah. Manakala buah-buahan seperti peach,plum dan pear mesti direbus di dalam sirap. Selain itu,buah nenas dan kiwi hendaklah direbus dahulu untuk membuang enzim yang menghalang proses pembekuan.
Ø  Telur
-       Dalam sorbet,putih mungkin ditambah untuk meringankan
Ø  Likeur dan wine
-       Kebanyakan sorbet tradisional adalah berasaskan wine dan likeur. Walaubagaimanapun alcohol akan merendahkan terhadap pempekuan adunan. Oleh itu,likeur yang kuat harus digunakaan untuk membuat sorbet menjadi keras.
Cara penyediaan sorbet
1.     Sediakan sirap gula dan biarkan sejuk.
2.     Sekiranya buah lembut,buang bijinya dan tapis sebelum dicampurkan didalam sirap gula. kacau sebati.
3.     Buah-buahan yang mempunyai isi keras hendaklah dimasak dalam air mendidih selama 5minit. Buangkan kulit dan bijinya sebelum direbus semula dengan sirap gula. Pastikan buah itu sejuk sebelum dijadikan puri.
4.     Jika mengunakan buah-buahan kering,rendam dan rebuskan sebelum di jadikan puri.
5.     Sekiranya sorbet berasakan buah sitrus,buang kulitnya dan perahkan jusnya sebelum dicampurkan sirap.
6.     Sebarang perasa atau likeur boleh ditambah selepas proses mencampurkan adunan selesai
7.     Sebelum meringue atau likeur boleh ditambah,bersihkan partikel-tikel ais yang terdapat disekeliling dan kacau adunan dengan perlahan. Jangan pukul adunan sorbet tersebut
8.     Selepas menggaul sebati,bekukan adunan semula. Kacau beberapa kali ketika ia sedang membeku untuk menggalakkan Kristal-kristal ais bercambur dengan sekata.
9.     Apabila sorbet telah set,skupkanya dan letekkan dibekas yang sesuai. Kemudian sejukkan kembali selama 15-30 minit sebelum dihidangkan.
10.  Jus lemon digunakan kerana dapat menambahkan ketajaman rasa sorbet.limau nipis juga merupakan alternatif terbaik