Wednesday, 31 October 2012





FRUIT COMPOTE 
q  Fruit compote bermaksud buah-buahan  didalam sirap, ia sesuai di hidang sewaktu sarapan, makan malam  sebagai pencuci mulut.

q  Ia  terdiri daripada buah-buah bermusim, buah jenis keras dan buah-buahan tropika yang dimasak bersama gula.Akan tetapi buah-buahan jenis lembut tidak  begitu sesuai  kerana ia mudah lembik.Diantara yang sering menjadi pilihan adalah buah epal, nenas, anggur , peach dan apricot.

PERSEDIAAN AWAL MEMASAK
q  Buah yang hendak digunakan mestilah segar, berkualiti dan sesuai untuk di masak.
q  Buah-buahan yang hendak digunakan mestilah dibersihkan dahulu untuk membuang kotoran.
q  Kulit buah perlulah dibuang terlebih dahulu sebelum memasak. Kecuali buah peach, apricot dan anggur.
q  Rendamkan buah tersebut di dalam air garam untuk mengelakkan ia daripada lebam.( terutama  buah epal)

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT FRUIT COMPOTE

GULA
q  Datangnya daripada tebu dan sering digunkaan sebagai pemanis dan bahan perasa.

q  Dan bahan utama untuk membuat sirap, Terdapt pelabagai jenis gula digunakan tetapi  sering digunakan adalah gula kastor.

q  Gula kastor sering digunakan kerana ia mudah larut . Untuk menjadi kan gula kastor, gula kasar perlu di kisar  selama  beberapa minit dengan menggunakan mesin pengisar.

AIR
q  Air amat penting didalam resipi fruit compote, walaupun sukatan yang sedikit ia amat membantu  untuk menjadikan sirap.

BUAH-BUAHAN
q  Buah –buahan yang digunakan adalah buah  epal, buah tembikai, nenas, apricot, dan buah peach. Buah jenis lembut  seperti strawberry, blueberry, kiwi  jarang digunakan kerana kurang  sesuai kerana ia mudah menjadi  lembik dalam jangka masa yang singkat.

RESIPI FRUIT COMPOTE
150ml             Air

50gm              Sugar

1biji                 Buah epal

10ketul           Tembikai (yang didadukan)

10ketul           Nenas (yang didadukan)

Cara penyediaanya:
1.    Masak air bersama dengan gula  didalam periuk sehingga mendidih.
2.    Kemudian  masukkan buah epal dan nenas , dengan  menggunakan sudu, gaulkan buah-buahan tersebut supaya air gula diserap serata.
3.    Bila epal sudah lembut masukkan buah tembikai dan tutupkan periuk dan api.
4.    Biarkan selama 5 minit, kemudian angkat dan hidangkan ke dalam mangkuk.

No comments:

Post a Comment